Wednesday, September 3, 2014

Panah Terkini...Ogos 2014

Alhamdulillah ... doakan agar dikurniakan ilmu dan kemahiran mengenai memanah dan membuat panah... satu ilmu pertahanan yang dianjurkan dalam Islam...mudahan ia diberkati...penghasilan panah untuk 2014...

Hasilnya....

dan InsyaAllah bowyer akan berkongsi ilmu mengenai penghasilan panah secara  eksklusif melalui penulisan dan video pembuatan panah secara khusus agar ilmu ini dapat diterokai dan dihidupkan semula sebagai kelangsungan ilmu dalam ketamadunan Islam, Insya Allah..






























Klinik dan Kelas Memanah Tradisi - FEBRUARI hingga JUN 2014

Alhamdulilllahi rabbil 'alameen...syukur ke hadrat Allah SWT atas limpahan kurnia, ilmu dan kesihatan untuk meneruskan kehidupan di muka bumi Allah yang sangat indah ..selawat dan salam penuh kerinduan dan kecintaan buat Junjungan Besar Nabi Kita Muhammad SAW, baginda contoh tauladan dan akhlak mulia, tiada manusia agung mengatasi ketinggian akhlak baginda SAW..salam buat ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat RAnhum, tabi'in, tabi' tabi'in dan seterusnya umat baginda seluruh zaman sehinggalah hari kiamat..semoga Allah merdhai dan merahmati kehidupan kita di dunia dan di akhirat...

Sepanjang bulan Februari hinggalah Jun yang lalu, kami sempat menganjurkan beberapa sesi klinik dan kelas memanah bagi individu yang berminat dalam usaha menyemarakkan kembali sukan yang dianjurkan dalam Islam...

Sedikit perkongsian gambar sepanjang sesi berlangsung....untuk tontonan anda semua yang sentiasa memberi sokongan terhadap sukan memanah ini...

























Wednesday, April 24, 2013

Pembikinan Album Pembuatan Panah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..teman-teman yang sudi melayari laman blog..

InsyaAllah kami akan menyediakan satu video gambar pembuatan panah untuk perkongsian ilmu bersama, pembikinan video album masih dalam proses memasukkan " text" cara pembuatan panah, agar teman-teman yang berminat untuk menghasilkan panah sendiri, dapat cuba belajar daripada sedikit pengalaman kami..

Semoga ilmu ketamadunan Islam ini akan terus terpelihara..menggambarkan kegemilangan Islam yang tidak pernah luntur..

Ilal liqa'..

Monday, April 1, 2013

Bengkel Sukan Memanah Tradisi..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua..

Alhamdulillah , hari ini baru berkesempatan menulis sesuatu untuk dikongsi bersama. 

Eksperimen terus dijalankan untuk menghasilkan panah dan peralatan berkaitan memanah..namun masih belum dapat memuatnaik gambar panah terbaru...SURPRISE...

ada satu lagi info yang ingin diwar-warkan..Insya Allah, kami akan menganjurkan satu bengkel sukan memanah: semarak sunnah Rasulullah SAW.(..mewakili Research Interest Group UiTM Perlis)..yang akan diadakan secara eksklusif hanya seramai 20 peserta..Bengkel ini dikenakan bayaran termasuk pinjaman peralatan dan kos makan-minum serta sijil...Tenaga pengajarnya adalah Tn.Sheikh Fuad..
...akan diadakan 2 sesi..iaitu teori selama 1 1/2 jam dan praktikalnya adalah 5.5 jam...

Bagi yang berminat, boleh pm inbox fb Jamalia Aurani untuk keterangan lanjut...

Terima kasih...Salam ketemu lagi, insya Allah..

Saturday, December 29, 2012

Archery Equipment

Assalamualaikum wbt..

Kami ingin terus berusaha dengan izin Allah..untuk menyediakan set lengkap peralatan memanah..

Antara yang kami cuba sediakan sehingga hari ini adalah seperti:

1.Panah





















2. Quiver





















3. Arm guard














4. Glove














Sedikit Perkongsian..

Assalamualaikum wbt..

Sukan memanah merupakan sukan sunnah..terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang membicarakan soal memanah..antara hadith yang ingin dikongsi bersama ialah:-

The scholars have stated that it is recommended to target shoot between two targets on opposite sides. So you stand next to one and shoot at the other and then walk towards the other one, pick up the arrows and then shoot at the first one. The author of al Mughni (Ibn Qudamah Al-Maqdisee) stated that it is Sunnah to shoot at two opposite facing targets since this was how the Sahabah used to practice.

 It is narrated that the Messenger of Allah said: "Between the two targets is a garden of Paradise"