Wednesday, April 24, 2013

Pembikinan Album Pembuatan Panah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..teman-teman yang sudi melayari laman blog..

InsyaAllah kami akan menyediakan satu video gambar pembuatan panah untuk perkongsian ilmu bersama, pembikinan video album masih dalam proses memasukkan " text" cara pembuatan panah, agar teman-teman yang berminat untuk menghasilkan panah sendiri, dapat cuba belajar daripada sedikit pengalaman kami..

Semoga ilmu ketamadunan Islam ini akan terus terpelihara..menggambarkan kegemilangan Islam yang tidak pernah luntur..

Ilal liqa'..

Monday, April 1, 2013

Bengkel Sukan Memanah Tradisi..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua..

Alhamdulillah , hari ini baru berkesempatan menulis sesuatu untuk dikongsi bersama. 

Eksperimen terus dijalankan untuk menghasilkan panah dan peralatan berkaitan memanah..namun masih belum dapat memuatnaik gambar panah terbaru...SURPRISE...

ada satu lagi info yang ingin diwar-warkan..Insya Allah, kami akan menganjurkan satu bengkel sukan memanah: semarak sunnah Rasulullah SAW.(..mewakili Research Interest Group UiTM Perlis)..yang akan diadakan secara eksklusif hanya seramai 20 peserta..Bengkel ini dikenakan bayaran termasuk pinjaman peralatan dan kos makan-minum serta sijil...Tenaga pengajarnya adalah Tn.Sheikh Fuad..
...akan diadakan 2 sesi..iaitu teori selama 1 1/2 jam dan praktikalnya adalah 5.5 jam...

Bagi yang berminat, boleh pm inbox fb Jamalia Aurani untuk keterangan lanjut...

Terima kasih...Salam ketemu lagi, insya Allah..