Monday, May 14, 2012

Memanah Tradisi : Panah Turki / Turkish Bow








Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & salam sejahtera buat semua yang sudi menjenguk ke blog kami...kali ini kami ingin berkongsi sesuatu dengan anda..alkisah tentang minat memanah sehingga timbul semangat yang berkobar-kobar dalam hati untuk menghasilkan panah sendiri..

Ini kisahnya..minat kami..nukilan dari suami tersayang untuk share minat dengan anda semua..saya ceritakan semula dengan versi saya...


Minat memanah ini bermula daripada mendengar sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Ajarlah anak-anakmu berenang, memanah dan berkuda" dan sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).”(Riwayat Muslim).Namun, minat sahaja tidak cukup untuk memiliki panah dan kemahirannya, kerana apa ? pada ketika itu kemampuan untuk membelinya tidak tercapai disebabkan harga bagi satu set lengkapnya paling kurang mencecah RM 1500++..maka saya pendamkan dulu hasrat sementara mencari ilmu-ilmu berkaitan memanah ini. Tetapi, pada suatu hari anak sulung saya Nurussyifaa' cuba menyatakan sesuatu kepada saya ..katanya.."abah cuba tengok ni"..dia cuba menunjukkan kepada saya satu batang plastik yang dihubungkan antara kedua-dua bahagian bucunya dengan tali hingga nampak bentuk seperti panah, lalu dia pun terus berkata.." syifaa' nak main tarik yang macam ni pastu bunyi peeciuuww yang dapat tembak tu..". Jadi, selepas saja insiden tersebut saya bertekad dan berazam penuh untuk menghasilkan panah sendiri agar dapat meneruskan sunnah Nabi kita Muhammad SAW dengan mengajak anak-anak, saudara mara kaum keluarga dan rakan-rakan supaya turut meminati sukan ini..

Semangat saya berkobar-kobar untuk mencuba dan mengorak langkah mencipta panah sendiri. Sebulan sebelum tarikh 10/06/2011 iaitu tanggal saya memulakan perjalanan untuk membuat panah, saya bermula dengan melayari internet bagi mendapatkan research berkaitan archery ni...banyak juga yang ditemui, hampir kesemuanya saya baca dan study..hehe..sambil-sambil mula bertatih mencari bahan-bahan yang perlu dalam penghasilan panah...pelik juga bila difikirkan, saya ni tak pernah langsung memanah tetapi dah cuba mula membuat panah...tetapi kadang-kadang yang pelik itu benar, kan?..

Dalam masa yang sama juga, pabila mempunyai sedikit sumber kewangan yang membolehkan saya memiliki panah..maka, saya membeli panah Kaya KTB (Korean Traditional Bow)dengan kekuatan tarikan  60lbs @ 31"..tetapi ia terlalu berat untuk seseorang yang baru nak belajar memanah. Panah Kaya KTB ni sesuai untuk memburu dan berperang. Apabila dah dapat panah tu, setiap hari saya set masa untuk memanah, akhirnya bila dah mencecah lebih kurang tiga bulan berlatih, barulah saya dapat buat full draw...alhamdulillah..

Kaya KTB


Inilah panah Kaya KTB dengan kekuatan tarikan 60lbs@31". Harga panah ini  adalah RM795 dan kalau nak dikira jumlah untuk memiliki set memanah ini (panah, set anak panah karbon serta target face) lebih kurang RM1000++




Full Draw













Panah KAYA KTB tu, ia agak terlalu berat buat isteri dan anak-anak untuk memanah, terasa juga nak beli yang lebih ringan, tetapi  agak mahal juga..jadi , saya teruskan hasrat dan azam untuk menyiapkan panah pertama ..





http://www.ottoman-turkish-bows.com


Bagi memahami ilmu nak hasilkan panah ni, saya telah menempah dan membeli buku berkaitan memanah dari Canada. Buku ini  bertajuk "Ottoman Turkish bows : manufacture & design" yang ditulis oleh Adam Karpowicz. (copyright 2008 by Adam Karpowicz, printed in Canada,ISBN 978-0-9811372-0-9).. 
 
Order buku ni dari penulis sendiri dan gembira juga bila dia send emel bagitau dah pos ke Malaysia...maka kami pun tunggu kedatangan buku itu...Tunggu punya tunggu..dah nak masuk 3bulan..hati rasa macam dah tak de rezeki nak dapat buku tu...kiranya saya dan isteri tak berharap nak dpt tengok apatah lagi nak baca dan belajar cara membuat panah dan belajar memanah daripada penulis itu...
Namun, alhamdulillah akhirnya buku itu sampai ke tangan saya ...terima kasih bapak posmen...syukur dan gembira ..





Terhasilnya PANAH PERTAMA..diberi nama "Panah Turki"..hehe..panah ini dicipta khusus untuk anak saya yang sulung tu..

Testing yang pertama
Nurussyifaa' dan  Nurunnajaah bersama panah pertama



Dekorasi Panah, ukiran pada panah pertama oleh isteri saya..:)












































Setelah siap panah pertama tu, saya teruskan dengan panah kedua...panah ketiga, namun dalam usaha menghasilkannya..banyak ujian dan halangan untuk mendidik kesabaran dan kesungguhan..ada panah yang gagal, yang patah pun ada walaupun dah hampir siap..kalau tengok design nya, kira agak unik dan cantik..tetapi ..Allah sebaik-baik Perancang...saya akur dan ini membuatkan saya terus berusaha untuk menghasilkan yang terbaik.


TERUSKAN USAHA.

Saya meneruskan pencarian ilmu dan penyelidikan berkaitan panah dan memanah ini untuk saya teruskan usaha dalam menghasilkan panah .Minat saya tertumpu pada, Panah Turki ini kerana daripada kajian dan pembacaan saya, kekuatan tarikannya mencapai 100-130Lbs, sehingga dapat menembusi baju besi dan boleh menembak anak panah sejauh hampir 900m. Bukti ini dapat dilihat dengan penemuan batu bersurat menunjukkan tempat jatuh sasaran anak panah tersebut. Panah ini juga merupakan senjata penting selain daripada pedang yang digunakan oleh tentera-tentera Islam dalam siri-siri peperangan salib pada zaman pertengahan.Kajian - kajian sebegini yang membuatkan saya berasa ingin terus berusaha menghasilkan panah bagi membolehkan ramai orang dapat memilikinya..dan dapat merasai keseronokan dan kehebatannya dengan izin Allah SWT..
HASILNYA..

Akhirnya, dengan kombinasi penggunaan Fiberglass, kayu Nyatoh dan kayu Meranti, panah dihasilkan dengan kekuatan yang sesuai untuk yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti memanah, sesuai juga untuk kaum wanita dan anak-anak yang berusia 10tahun ke atas.Ia mempunyai kekuatan tarikan 10++lbs@30" yang memiliki berat cuma 350gram. Ia amat sesuai untuk aktiviti memanah berkuda ( Horse Archery )..

 Panah ini  dalam kategori Hybrid Ottoman Turkish Bow, kerana walaupun ia mengambil rekabentuk  panah tradisi Turki, namun ia di perbuat oleh bahan-bahan moden seperti fibreglass dll. 

 Panah yang belum dipasang tali / Unbraced Bow

Sesuai untuk wanita

Full Draw


SEKARANG ni, saya sedang berusaha menghasilkan panah berdasarkan kepada penghasilan panah tradisi Asia, Arab, Turki, Korea dan Indo-Parsi serta English Longbow..di samping itu, saya juga bersedia untuk berkongsi cara memanah tradisi dengan semua yang berminat, insyaAllah..

TARGET dan HARAPAN


Harapan saya, ingin menghasilkan panah buatan Malaysia yang tidak terlalu mahal harganya, dan mampu dibeli oleh semua orang terutama umat Islam di Malaysia. Dorongan ini bermula apabila pembacaan dan sedikit kajian dibuat (mungkin belum keseluruhan kajian yang dibuat), pada pengetahuan saya, belum ada pembuat panah tradisi dari Malaysia buat masa ini. Saya juga berhasrat untuk memperkenalkan sukan memanah tradisi ini di kalangan ahli keluarga dan rakan taulan serta semua yang berminat dengan sukan memanah tradisi ini . 

Impian saya juga, satu hari nanti dapat menghasilkan Panah Komposit ( composite bow) yang dibuat dari tanduk kerbau, tendon (sinew) yang autentik seperti panah yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada suatu ketika dahulu, InsyaAllah..Mudah mudahan kita semua (anak-anak terutamanya) dapat  mewarisi semangat  jihad seperti yang di tunjukkan orang-orang yang terdahulu dari kita...Allahu Akbar!

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda bersama kami..


Saturday, May 5, 2012

Home-Made Hybrid Ottoman Turkish Bow

Minat ini boleh dikongsi bersama..

Home-Made Hybrid Ottoman Turkish Bow











Percubaan untuk melihat kekuatan panah
Full draw


Home-Made Hybrid Ottoman Turkish Bow

Peringkat awal penghasilan panah
Proses awal penghasilan panah






Gambar untuk dikongsi bersama...

Minat dalam diri bermula apabila membaca hadith Rasulullah SAW berkaitan memanah...agar kita juga bisa punyai kekuatan fizikal menghadapi segala ujian dengan izin Allah SWT...dan...usaha ini atas niat mengembalikan dan menyemarakkan lagi amalan sunnah Rasulullah SAW..

Friday, May 4, 2012

Home-Made Hybrid Ottoman Turkish Bow

Minat yang mendalam dalam bidang memanah bukan sahaja dengan suka memanah, tetapi mencuba untuk menghasilkan panah sendiri dan akhirnya Alhamdulillah...nama yang diberi Home-Made Hybrid Ottoman Turkish Bow telah siap sepenuhnya dan telah diuji kekuatannya..

Bagi yang berminat dengan aktiviti memanah, kami sedia menerima tempahan daripada anda..

Home-Made Hybrid Ottoman Turkish Bow   

Tuesday, May 1, 2012

Crystal 4 U


Aksesori Kristal untuk wanita...

Berminat? warna kristal dengan harga yang sama adalah bergantung kepada stok yang ada...

Mutiara Sabah  (RM 53- after less)


Mutiara Sabah (RM21-after less)


Rantai (RM 103 -after less)


Gelang 001 ( RM47-after less)

Gelang 002 (RM 93-after less)

Rantai Cermin Mata ( RM 49.00 )



Gelang single 003 ( RM 37.00)


Gelang Tripple 004 (RM 47.00 )


Gelang Rodium Crystal Purple  005 ( RM  115.00 -after less)

Brooch 01-Crystal Asfour  (RM 107.00 -after less)



Brooch 02-Crystal Asfour (RM 45.00-after less)


Brooch 03-Crystal Asfour (RM 71.00-after less)