Monday, May 14, 2012

Memanah Tradisi : Panah Turki / Turkish Bow








Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & salam sejahtera buat semua yang sudi menjenguk ke blog kami...kali ini kami ingin berkongsi sesuatu dengan anda..alkisah tentang minat memanah sehingga timbul semangat yang berkobar-kobar dalam hati untuk menghasilkan panah sendiri..

Ini kisahnya..minat kami..nukilan dari suami tersayang untuk share minat dengan anda semua..saya ceritakan semula dengan versi saya...


Minat memanah ini bermula daripada mendengar sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Ajarlah anak-anakmu berenang, memanah dan berkuda" dan sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).”(Riwayat Muslim).Namun, minat sahaja tidak cukup untuk memiliki panah dan kemahirannya, kerana apa ? pada ketika itu kemampuan untuk membelinya tidak tercapai disebabkan harga bagi satu set lengkapnya paling kurang mencecah RM 1500++..maka saya pendamkan dulu hasrat sementara mencari ilmu-ilmu berkaitan memanah ini. Tetapi, pada suatu hari anak sulung saya Nurussyifaa' cuba menyatakan sesuatu kepada saya ..katanya.."abah cuba tengok ni"..dia cuba menunjukkan kepada saya satu batang plastik yang dihubungkan antara kedua-dua bahagian bucunya dengan tali hingga nampak bentuk seperti panah, lalu dia pun terus berkata.." syifaa' nak main tarik yang macam ni pastu bunyi peeciuuww yang dapat tembak tu..". Jadi, selepas saja insiden tersebut saya bertekad dan berazam penuh untuk menghasilkan panah sendiri agar dapat meneruskan sunnah Nabi kita Muhammad SAW dengan mengajak anak-anak, saudara mara kaum keluarga dan rakan-rakan supaya turut meminati sukan ini..

Semangat saya berkobar-kobar untuk mencuba dan mengorak langkah mencipta panah sendiri. Sebulan sebelum tarikh 10/06/2011 iaitu tanggal saya memulakan perjalanan untuk membuat panah, saya bermula dengan melayari internet bagi mendapatkan research berkaitan archery ni...banyak juga yang ditemui, hampir kesemuanya saya baca dan study..hehe..sambil-sambil mula bertatih mencari bahan-bahan yang perlu dalam penghasilan panah...pelik juga bila difikirkan, saya ni tak pernah langsung memanah tetapi dah cuba mula membuat panah...tetapi kadang-kadang yang pelik itu benar, kan?..

Dalam masa yang sama juga, pabila mempunyai sedikit sumber kewangan yang membolehkan saya memiliki panah..maka, saya membeli panah Kaya KTB (Korean Traditional Bow)dengan kekuatan tarikan  60lbs @ 31"..tetapi ia terlalu berat untuk seseorang yang baru nak belajar memanah. Panah Kaya KTB ni sesuai untuk memburu dan berperang. Apabila dah dapat panah tu, setiap hari saya set masa untuk memanah, akhirnya bila dah mencecah lebih kurang tiga bulan berlatih, barulah saya dapat buat full draw...alhamdulillah..

Kaya KTB


Inilah panah Kaya KTB dengan kekuatan tarikan 60lbs@31". Harga panah ini  adalah RM795 dan kalau nak dikira jumlah untuk memiliki set memanah ini (panah, set anak panah karbon serta target face) lebih kurang RM1000++




Full Draw













Panah KAYA KTB tu, ia agak terlalu berat buat isteri dan anak-anak untuk memanah, terasa juga nak beli yang lebih ringan, tetapi  agak mahal juga..jadi , saya teruskan hasrat dan azam untuk menyiapkan panah pertama ..





http://www.ottoman-turkish-bows.com


Bagi memahami ilmu nak hasilkan panah ni, saya telah menempah dan membeli buku berkaitan memanah dari Canada. Buku ini  bertajuk "Ottoman Turkish bows : manufacture & design" yang ditulis oleh Adam Karpowicz. (copyright 2008 by Adam Karpowicz, printed in Canada,ISBN 978-0-9811372-0-9).. 
 
Order buku ni dari penulis sendiri dan gembira juga bila dia send emel bagitau dah pos ke Malaysia...maka kami pun tunggu kedatangan buku itu...Tunggu punya tunggu..dah nak masuk 3bulan..hati rasa macam dah tak de rezeki nak dapat buku tu...kiranya saya dan isteri tak berharap nak dpt tengok apatah lagi nak baca dan belajar cara membuat panah dan belajar memanah daripada penulis itu...
Namun, alhamdulillah akhirnya buku itu sampai ke tangan saya ...terima kasih bapak posmen...syukur dan gembira ..





Terhasilnya PANAH PERTAMA..diberi nama "Panah Turki"..hehe..panah ini dicipta khusus untuk anak saya yang sulung tu..

Testing yang pertama
Nurussyifaa' dan  Nurunnajaah bersama panah pertama



Dekorasi Panah, ukiran pada panah pertama oleh isteri saya..:)












































Setelah siap panah pertama tu, saya teruskan dengan panah kedua...panah ketiga, namun dalam usaha menghasilkannya..banyak ujian dan halangan untuk mendidik kesabaran dan kesungguhan..ada panah yang gagal, yang patah pun ada walaupun dah hampir siap..kalau tengok design nya, kira agak unik dan cantik..tetapi ..Allah sebaik-baik Perancang...saya akur dan ini membuatkan saya terus berusaha untuk menghasilkan yang terbaik.


TERUSKAN USAHA.

Saya meneruskan pencarian ilmu dan penyelidikan berkaitan panah dan memanah ini untuk saya teruskan usaha dalam menghasilkan panah .Minat saya tertumpu pada, Panah Turki ini kerana daripada kajian dan pembacaan saya, kekuatan tarikannya mencapai 100-130Lbs, sehingga dapat menembusi baju besi dan boleh menembak anak panah sejauh hampir 900m. Bukti ini dapat dilihat dengan penemuan batu bersurat menunjukkan tempat jatuh sasaran anak panah tersebut. Panah ini juga merupakan senjata penting selain daripada pedang yang digunakan oleh tentera-tentera Islam dalam siri-siri peperangan salib pada zaman pertengahan.Kajian - kajian sebegini yang membuatkan saya berasa ingin terus berusaha menghasilkan panah bagi membolehkan ramai orang dapat memilikinya..dan dapat merasai keseronokan dan kehebatannya dengan izin Allah SWT..
HASILNYA..

Akhirnya, dengan kombinasi penggunaan Fiberglass, kayu Nyatoh dan kayu Meranti, panah dihasilkan dengan kekuatan yang sesuai untuk yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti memanah, sesuai juga untuk kaum wanita dan anak-anak yang berusia 10tahun ke atas.Ia mempunyai kekuatan tarikan 10++lbs@30" yang memiliki berat cuma 350gram. Ia amat sesuai untuk aktiviti memanah berkuda ( Horse Archery )..

 Panah ini  dalam kategori Hybrid Ottoman Turkish Bow, kerana walaupun ia mengambil rekabentuk  panah tradisi Turki, namun ia di perbuat oleh bahan-bahan moden seperti fibreglass dll. 

 Panah yang belum dipasang tali / Unbraced Bow

Sesuai untuk wanita

Full Draw


SEKARANG ni, saya sedang berusaha menghasilkan panah berdasarkan kepada penghasilan panah tradisi Asia, Arab, Turki, Korea dan Indo-Parsi serta English Longbow..di samping itu, saya juga bersedia untuk berkongsi cara memanah tradisi dengan semua yang berminat, insyaAllah..

TARGET dan HARAPAN


Harapan saya, ingin menghasilkan panah buatan Malaysia yang tidak terlalu mahal harganya, dan mampu dibeli oleh semua orang terutama umat Islam di Malaysia. Dorongan ini bermula apabila pembacaan dan sedikit kajian dibuat (mungkin belum keseluruhan kajian yang dibuat), pada pengetahuan saya, belum ada pembuat panah tradisi dari Malaysia buat masa ini. Saya juga berhasrat untuk memperkenalkan sukan memanah tradisi ini di kalangan ahli keluarga dan rakan taulan serta semua yang berminat dengan sukan memanah tradisi ini . 

Impian saya juga, satu hari nanti dapat menghasilkan Panah Komposit ( composite bow) yang dibuat dari tanduk kerbau, tendon (sinew) yang autentik seperti panah yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada suatu ketika dahulu, InsyaAllah..Mudah mudahan kita semua (anak-anak terutamanya) dapat  mewarisi semangat  jihad seperti yang di tunjukkan orang-orang yang terdahulu dari kita...Allahu Akbar!

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda bersama kami..


42 comments:

  1. Teruskan usaha, moga2 anda jadi pengeluar busur panah trasional di Malaysia.

    ReplyDelete
  2. salam tuan,saya baru mula nak berjinak2 dengan kemahiran memanah ni...sama juga mcm tuan,saya sentiasa ingat sabda Rasulullah saw mengenai kemahiran memanah nie....kalau harganya berpatutan,saya bercadang nak menempah satu set...hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam tuan.. sy berminat nk mendalamai dn berbincang.. king92byt@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Salam tuan , ape jenis tali yang tuan guna yer....tlong bri tau saye jenis tali yang tuan gune.....reply on facebook chat Jejaka Perindu.... saya igin mendalami ilmu memanah....

    ReplyDelete
  5. Bowmaster ada jual peralatan memanah dekat Kajang dalam rm 300++ tapi saya berminat dgn busur komposit...tolong info kalau ada yang jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya fuad dari semenyih nak beli set panah tuan.sila beri alamat dan no tel tuan

      Delete
    2. Saya fuad dari semenyih nak beli set panah tuan.sila beri alamat dan no tel tuan

      Delete
  6. Assalamualaikum tuan, kalau bow ada untuk dijual, harap dapat maklumkan juga kepada saya. Boleh sms ke 019-984 8353. Nizam, K.Trg.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Asalamualaikum , saya berminat nak beli set memanah. Sudah bertahun saya cari.

    ReplyDelete
  8. Facebook: Yushartini binti Mohamed Yusoff.
    014-8437873

    ReplyDelete
  9. Pm saye ... Rusydi rabaie (fb) ..... Anak panah je

    ReplyDelete
  10. assalammualaikum admin.... masih ada stok set memanah untuk dijual....??? saya berkenan untuk memiliki.... 012-3109724

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.tuan, masih ada stok.brp hrga utk satu set? Fb sha min 0168111790

    ReplyDelete
  12. contact sy .. berminat dengan panah buatan tuan ni. +60133841060

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum, kalau bow & arrow ada untuk dijual, harap dapat maklumkan juga kepada saya. Boleh sms ke 019-8600100. Sandakan Sabah.

    ReplyDelete
  14. Salam,boleh tanya tuan..tuan tahu x kat mana bleh dapat B50 decron.sya nak buat sndiri string untuk bow sya.skarang sya brminat buat bow guna natural fibre..bamboo backed long bow.klau boleh nk thu juga nk buat turki bow.

    ReplyDelete
  15. Salam Tuan mcm mana nk berhubung ye.. Sye berminat..sila contact saya 0136733994

    ReplyDelete
  16. assalamualikum, tumpang tanya tuan.. ana ingin belaja membuat anak panah dari buluh bagaimana cara pembuatan dan jenis buluh mana yang boleh diguna pakai..?

    ReplyDelete
  17. Salam tuan..ade jual ke bow tuan tu?..sy brmint nk order 1..contact sy tuan..0197271077

    ReplyDelete
  18. Salam tuan.. Tuan ade jual bow string x?

    ReplyDelete
  19. salam tuan...
    mohon contact sy...
    fb Mohd Saifuddin...
    0193645730...

    sy bminat utk bli bow n blajar cra buat bow dr tuan..

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum, saya berminat nak tempah set memanah dgn tuan. . mcm mana nak contact ye? Ni nombor saya 0186610147. Ni email saya lah395@yahoo.com. Harap balas ye. Tq

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum sya berminat dgn panah tuan tlong pm 01110651401 skian trima kasih

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum sya berminat dgn panah tuan tlong pm 01110651401 skian trima kasih

    ReplyDelete
  24. sya skrang nk blajar laminate tapi kurang ilmu lg boleh minta tujuk ajar tuan

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum sya berminat dgn panah tuan tlong pm 0196020208 skian trima kasih

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum,AshrafAlia

    Saya amat lama berminat untuk memiliki sebuah busur panah jenis Turki ni. Terlalu minat dengan sejarah kegemilangan tentera Islam yang menggunakannya berbanding jenis Korea, Han China, Monggolia dll. Cuma disini adakah pihak tuan masih membuatnya. Jika masih ada bagaimana cara saya ingin memperolehinya. Mohon tuan untuk bantu PM saya di zamhany7475@gmail.com

    ReplyDelete
  27. Assalam tuan saya berminat panah tentera boleh bagi saya detail

    ReplyDelete
  28. Assalam tuan saya berminat panah tentera boleh bagi saya detail

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum. Jika jarak tempuh bisa seperti panahan turki yaitu 900m-1.2 km atau 2/3 mill sy pesan untuk di indonesia. Whatsapp 081212857175

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum. Jika jarak tempuh bisa seperti panahan turki yaitu 900m-1.2 km atau 2/3 mill sy pesan untuk di indonesia. Whatsapp 081212857175

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum...sye nk belajar buat memanah dgn tuan boleh??

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum tuan, sy baru berjinak2 membuat panah, 3 yg pertama semua patah.. yg ke empat baru jadi. Itu pn setelah mengunakan fiber glass. Sy ingin berkongsi pengalaman membuat panah dgn tuan boleh.. sy di johor. No wasap 0173136624 Rizq. Tq tuan. Sy sgt berharap tuan dpt menghubungi sy. Semoga allah permudahkan urusan tuan dan keluarga.

    ReplyDelete
  33. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete
  34. Aslamu....saya sangat-sangat berminat

    ReplyDelete
  35. Assalammualikum tuan...sy nak tahu detail panah tutki...tlg pm sy untuk pananh turki ni

    ReplyDelete
  36. Ni no sy...0195334911 muhammad al amin


    #peminat sukan berkuda
    #peminat sukan panah

    ReplyDelete